艺术 THE ARTS

音乐 MUSIC     |     舞蹈 DANCE     |     视觉艺术 VISUAL ARTS
美术学会
Art Club / Kelab Seni

PENGENALAN
Kelab seni Riam Road merupakan salah sebuah kelab yang dianggotai hampir 70 orang pelajar mengikut tingkatan masing-masing.Kelab ini juga bergiat aktif di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.

TUJUAN
Kelab ini di tubuhkan bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan berdisiplin di dalam ke hidupan seharian mereka.

KEUNIKAN
Salah satu keunikan kelab ini ialah dianggotai oleh pelbagai bangsa dan mengikut kelas masing-masing.
kelab ini juga mengajar pelbagai jenis cabang seni contohnya seni catan,Batik, Arca,Komik dan banyak lagi.

AKTIVITI
Kelab ini sering mengadakan pameran peringkat sekolah selain mengadakan pameran di sekitar bandaraya Miri.
Contohnya:
- Melukis Mural di sekolah
-Mencantikkan kawasan sekolah
-Mengadakan pameran bergerak di pusat membeli belah

PERTANDINGAN
Pelajar dari kelab seni sering menyertai beberapa pertandingan di peringkat sekolah dan kebangsaan misalnya,
I) Top 10 Young Malaysian Artist Competition Organized by The One Academy (setiap tahun)
II) 2018 Pertandingan seni Visual " Negaraku, Tanah Airku,Sekolahku,Imaganasiku anjuran
Malaysian Junior Art Education Association And Ministry Of Education Malaysia

PENCAPAIAN
2016- Top 6th Young Malaysian Artist Award From The One Academy
- Zildjian Joy (Class 5D )
2018- Silver Award Category ( E) - Esther Soh Meiqi Class 5H
- Bronze Award Category ( D) - Huong Sheau Yun Class 4F
- 7 Consolation Award
( Awarded From Malaysian Junior Art Education Association and Ministry Of Education Malaysia)

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya akan dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.
Kelab yang ditubuhkan ini merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran dalam seni digital seperti penggunaan kamera seperti kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) atau videografi dan penggunaan perisian komputer seperti Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom.

MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi visual dan intelek dalam kemahiran seni digital melalui kamera, telefon pintar mahupun komputer sebagai salah satu kemahiran dan bakat yang ada dalam diri pelajar.

OBJEKTIF
Memperkenalkan asas-asas penggunaan kamera kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami salah satu cabang dalam seni digital.Membina keyakinan pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang mereka ingin pelajari seperti asas-asas fotografi.
Melatih pelajar dalam kemahiran komunikasi dari segi tekstual mahupun visual.
Mengasah serta mencungkil bakat-bakat baru yang ada pada pelajar.
Merancang aktiviti-aktiviti fotografi yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pelajar.

摄影学会
Kelab Fotografi

3.5 Mile, Riam Road, P. O. Box 209, 98007, Miri.     |      +6085-612423

© COPYRIGHT RIAM ROAD SECONDARY SCHOOL